“SYED SADIQ BUKAN LAGI AHLI BERSATU”

1. Susulan Sidang Media YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada 31 Mei 2020 bertujuan untuk mengelirukan ahli parti, ahli Armada, melakukan penyamaran, salah guna kuasa dan berniat jahat.

2. YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bukan lagi ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) boleh didakwa di bawah Akta Pertubuhan 1966. Ini setelah merujuk kepada pemakluman bertarikh 28 Mei 2020 mengenai kedudukan keahlian sebagai Ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dibawah Fasal 10.2.2 dan 10.2.3 perlembagaan parti.

3. ARMADA dan SRIKANDI Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di peringkat Negeri/Pusat menyatakan pendirian, mengiktiraf dan memberi sokongan penuh terhadap YAB Tan Sri Presiden Parti sebagai pemangku pengerusi menurut Fasal 16.9 perlembagaan parti.

4. Tindakan yang dilaksanakan oleh YAB Tan Sri Presiden adalah sah menurut Perlembagaan Parti bagi mengukuhkan kedudukan Parti BERSATU.

5. ARMADA mengecam sidang media yang dibuat oleh pihak YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan sebahagian kerana mereka memutarbelitkan perlembagaan parti, memberi tafsiran yang berniat jahat dan membelakangi keputusan parti.

6. Hampir sebahagian senarai nama yang di keluarkan pimpinan armada di nafikan oleh penama-penama tersebut tidak mnyokong apa keputusan yang telah dikeluarkan oleh parti BERSATU.

7. YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin selaku Presiden Parti dan YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin selaku Setiausaha Agung telah memberi pencerahan jelas bahawa YB Tun Dr Mahathir bin Mohamad, YB Dato’ Seri Utama Mukhriz Mahathir, YB Maszlee Malik, YB Dato Wira’ Ir Amiruddin Hamzah dan YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bukan dipecat oleh parti. Tetapi keahlian mereka TELAH TERHENTI SECARA SERTA MERTA BERDASARKAN 10.2.2 DAN 10.2.3.

8. Amatlah tidak logik, bagi ahli parlimen parti BERSATU tidak menyokong blok dan kerajaan parti dibawah pimpinan YAB Tan Sri Muhyidin Yasin selaku Presiden BERSATU didalam parlimen pada 18 Mei 2020. Bahkan ini secara terang telah dinyatakan oleh mereka dalam notis kepada parlimen untuk tidak mahu duduk bersama-sama blok kerajaan.

8. Sehubungan tindakan Setiausaha Kerja (SUK), Kapten Muhammad Suhaimi bin Yahya (B) perlu difahami, Setiausaha Kerja hanya melaksana tugas beliau sebagai pegawai awam parti untuk MENYAMPAIKAN NOTIS DAN BUKAN MEMECAT. Tindakan beliau tersebut telah disahkan oleh Setiausaha Agung BERSATU sebagai Ketua Pentadbir Ibu Pejabat Parti melalui sidang media semalam (30 Mei 2020).

9. Pada 27 Mei 2020 yang lalu, Ybrs Tan Sri Dato’ Seri Megat Najmuddin bin Megat Khas selaku Pengerusi Lembaga Disiplin Parti BERSATU telah memaklumkan kedudukan Ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menurut perlembagaan parti. Kes tersebut tidak perlu dirujuk untuk tindakan Lembaga Disiplin Parti tetapi menurut Fasal 10.2.2 dan 10.2.3 perlembagaan parti yang jelas dan didapati YB Tun Dr Mahathir bin Mohamad, YB Dato’ Seri Utama Mukhriz Mahathir, YB Maszlee Malik, YB Dato’ Wira Ir Amiruddin Hamzah dan YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bukan lagi ahli BERSATU.

10. Keputusan untuk keluar dari Pakatan Harapan (PH) adalah keputusan majoriti Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang dimuktamadkan dalam mesyuarat pada 23 Februari yang lalu. Keputusan tersebut turut diakui oleh YB Tun di dalam Perutusan Perdana Menteri Interim yang menyebut bahawa Parti BERSATU telah memutuskan untuk keluar dari Pakatan Harapan (PH), malah ia turut diakui oleh YB Senator Datuk Wira Hj Marzuki bin Yahya dalam kenyataan media beliau pada 24 Febuari 2020 bahawa mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang telah
bersetuju untuk keluar dari Pakatan Harapan (PH) dan ia adalah keputusan rasmi parti yang perlu diikuti.

11. Saya ingin menegaskan bahawa parti BERSATU adalah milik semua ahli parti dan bukan milik mana-mana ahli yang berkepentingan. Perlaksanaan ‘rule of law’ perlembagaan BERSATU mestilah dipatuhi dan tiada sesiapa yang akan dikecualikan. Sudah-sudahlah menunggang suara
akar umbi untuk tujuan peribadi. Sebaik-baik keputusan dalam berorganisasi adalah
berlandaskan keputusan dari suara majoriti.

12. Armada menyeru semua Ahli Bersatu perlu merapatkan saf dan menyokong serta mendokong kepimpinan YAB Tan Sri Muhyidin Yassin, Presiden BERSATU dan Perdana Menteri Malaysia bagi mengukuhkan parti dan kerajaan.

13. Sehubungan itu, kami (Armada) akan membuat laporan polis terhadap penyamaran Yb Syed Saddiq menggunakan nama parti dan memberi amaran terakhir untuk dia, sebagai orang luar tidak lagi mencampuri urusan dalaman parti BERSATU.

SEKIAN
MOHD MUZZAMMIL BIN ISMAIL
EXCO ARMADA MALAYSIA
01 JUN 2020

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: