Dua selamat, kereta terbakar dalam kemalangan

Dua lelaki berjaya dikeluarkan orang awam daripada dua buah kereta sebelum sebuah daripadanya terbakar akibat kemalangan berhampiran Jalan Kodiang, Kampung Putat, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 7.20 pagi tadi, kedua-dua lelaki berusia 60-an yang masing-masing memandu kereta Proton Iswara dan Proton Satria cedera di kepala dan kaki.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.25 pagi.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Adnan Ahmad tiba di lokasi pada jam 7.37 pagi.

“Operasi disertai tujuh anggota dan dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Padang Sera.

“Setibanya anggota di lokasi didapati kebakaran membabitkan dua kereta dengan satu daripadanya terbakar.

“Bagaimanapun, kedua-dua mangsa berjaya diselamatkan orang awam sebelum anggota kami tiba di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa yang cedera dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut.

“Kerja-kerja pemadaman sedang dijalankan oleh anggota bagi memastikan tiada lagi punca api dan asap dilokasi.

“Kereta Proton Iswara itu musnah sepenuhnya dan punca serta kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Sumber : BHOnline

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: