Amirudin Umpama Orang Gila Menyanyi Dalam Telanjang

Ketika ini Amirudin Shari kelihatan ‘gagah’ kerana beliau berkeyakinan kuat mempunyai sokongan padu semua 41 adun PH dan sekutu termasuk dokongan Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Namun jangan lupa, Amirudin naik atas hasil usaha Azmin Ali. Bukan kerana dia ada karisma tersendiri.

Pemilihan parti di Gombak pun Azmin tak bertanding mempertahankan jawatan ketua cabang, laluan diberikan kepada Amirudin untuk memimpin Cabang Gombak. Begitu tinggi kepercayaan Azmin terhadap Amirudin.

Amirudin bukan seperti Azmin. Dia mahu membina kelainan di Selangor. Dia nak padam legasi Azmin. Atas sebab itu ada inisiatif-insiatif IPR dilupus dan distruktur semula. Tetapi hasilnya mendatangkan kesan buruk kepada rakyat.

Selepas itu Amirudin lantik kawan-kawan karib beliau yang rata-rata kaki gebang dan tak pandai buat kerja duduk dalam agensi negeri.

Baru-baru ini kelihatan Amirudin menggerakkan jelejah dalam Cabang Gombak. Itu tanda besar dia sudah goyang. Sebelum ini dia rasa selesa. Tiada siapa di Gombak berada belakang beliau lagi.

Adun Gombak Setia, Hilman Idham pun sudah dipecat oleh PKR. Hilman ada sokongan akar umbi. Dia tetap selamba buat gerak kerja tanpa mempedulikan status Amirudin sebagai Ketua Cabang Gombak atau MB Selangor. Rata-rata anggota AMK Gombak di bawah gerakan Hilman.

Peringkat cabang pula, 70 peratus pimpinan adalah orang Azmin, bukan wujud atas dasar kredibiliti Amirudin.

Tanpa sokongan dan dokongan Azmin, Amirudin akan kecundang. Jangan lupa lagi, ketika Azmin naik menjadi MB MB Selangor dulu, kecaman dan asakan kiri kanan depan belakang cukup hebat. Azmin berjaya buktikan dia adalah MB terbaik. Masuk tahun 2016, Azmin tampil dengan pelbagai inisiatif mesra rakyat. Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) adalah model ekonomi dan kesejahteraan sosial yang mantap. Isu-isu rumah terbengkalai sejak zaman BN pun Azmin berjaya selesaikan. Terbukti semasa PRU14, PKR menang besar di 21 Dun dan PH menang 51 daripada 56 dun. Ini hasil tangan Azmin. Amirudin sekadar menumpangkan legasi Azmin.

Apabila sudah ada gerakan daripada Amirudin untuk membunuh rakan-rakan politik dalam blok Azmin, Amirudin sudah siap sedia menempah jalan sukar. Bersekongkol dengan Anwar lebih mendatangkan petaka ke atas diri yang bakal mengheret dia ke neraka politik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: