Buat Pertama Kali, Jumlah Kes Aktif Dengan Kebolehjangkitan Covid-19 di Bawah 1,000 Kes – Dr Noor Hisham
Hari ini, satu lagi rekod dicatatkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) apabila Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham mengumumkan buat pertama kali jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah di bawah 1,000 iaitu 986 kes.
Hari ini juga Malaysia sekali lagi mencatat satu digit kes positif baharu apabila hanya 8 kes yang dikesan positif. dari 8 kes tersebut, 2 daripadanya adalah kes import. Manakala, 6 lagi kes adalah penularan tempatan.
Daripada kes tersebut, 2 daripadanya adalah warganegara Malaysia dan selebihnya adalah bukan warganegara dari Kluster Tapak Pembinaan Kuala Lumpur 2.
Dukacita juga dimaklumkan bahawa terdapat 1 kes kematian dicatatkan hari ini yang melibatkan lelaki warga emas yang mempunyai rekod penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan buah pinggang.
Sumber : Siakap Keli