COVID-19: Tokyo catat 47 kes baharu, tertinggi sejak 5 Mei

Pentadbiran negeri Tokyo pada Ahad mengesahkan terdapat 47 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan, jumlah tertinggi dicatatkan sejak 5 Mei.

Daripada jumlah itu, 18 orang membabitkan pengunjung pusat hiburan, kata Gabernor Tokyo Yuriko Koike,  lapor Kyodo News.

Justeru, beliau menggesa pekerja pusat hiburan berkenaan untuk menjalani saringan COVID-19 bagi  membendung rantaian jangkitan yang bermula dari kelab malam di daerah Shinjuku Kabukicho. 

Bandar raya Tokyo pada Khamis mengeluarkan amaran mengenai kemungkinan peningkatan jumlah kes.

Berikutan trend penurunan dalam jumlah kes dilaporkan, Jepun mengisytiharkan darurat ditarik balik sepenuhnya pada 25 Mei, bagaimanapun beberapa kawasan menyaksikan peningkatan kes.

Sejak Jun, jumlah kes jangkitan baharu di Tokyo kekal dua digit.

Sumber : Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: