Polis tumpas Geng Ah Poh, Geng Handsome

Polis menumpaskan dua kumpulan sindiket pengedaran dadah dalam 15 siri serbuan selama seminggu berakhir 9 Jun lalu di sekitar Johor Bahru, Seri Alam, Kota Tinggi dan Pontian,null

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata sindiket pertama ditumpaskan dikenali Geng Ah Poh yang dianggotai 12 individu yang diketuai seorang lelaki warga Singapura berusia 43 tahun.

Katanya, ketua sindiket itu membekalkan syabu seberat satu kilogram setiap dua hari kepada tokan dadah yang beroperasi di sekitar Johor Bahru, Pontian dan Plentong.

“Sindiket kedua dikenali sebagai Geng Handsome diketuai seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun yang dikenali sebagai ‘handsome’.

“Sindiket ini dianggotai enam individu termasuk isteri kepada ketua sindiket itu. Ketua sindiket ini dipercayai mula aktif dalam pengedaran dadah sejak tahun 2002 dan pernah enam kali ditahan.

“Dia menggunakan premis perniagaan lampu hiasan yang beroperasi sejak lapan tahun lalu di Johor Bahru sebagai pelindung kepada kegiatan berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor hari ini.

Turut ditahan adalah anggota sindiket dikenali sebagai ‘profesor’ yang bertanggungjawab menyukat dan membungkus syabu sebelum diedarkan kepada tokan di sekitar Johor Bahru, Seri Alam dan Kota Tinggi.

Ayob Khan berkata, hasil serbuan itu, seramai 18 individu berjaya ditahan bersama rampasan dadah terdiri daripada 11 lelaki tempatan, seorang lelaki warga Singapura dan enam wanita tempatan berusia antara 25 hingga 50 tahun.

“Semua anggota kedua-dua sindiket itu mempunyai pelbagai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah, selain hasil saringan air kencing mendapati 16 daripada suspek positif dadah jenis methamphetamine.

“Polis merampas dadah dengan nilai keseluruhan RM49,781, sepucuk pistol tiruan bertulis ‘Blow F92’ dan 29 butir peluru, menyita satu barang kemas anggaran nilai RM8,000, 15 kenderaan anggaran nilai RM834,000 dan wang tunai berjumlah RM71,045.

“Polis juga menyita 18 akaun bank tempatan milik lapan individu dipercayai hasil kegiatan pengedaran dadah berjumlah RM117,354.12,” katanya.

Beliau berkata, semua suspek direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B, Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960.

Beliau berkata, sejak 1 Januari hingga 13 Jun lalu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor menahan seramai 7,739 individu atas pelbagai kesalahan dadah dan merampas dadah sebanyak 866.65 kilogram.

“Keseluruhan dadah yang dirampas bernilai RM17.47 juta, selain turut disita adalah harta bernilai RM7.73 juta,” katanya.

Sumber : BHOnline

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: