Sanitasi sekolah dalam zon merah diutamakan

SEMUA sekolah menengah khususnya di kawasan zon merah seluruh negara akan diberi keutamaan untuk disanitasi oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sebelum ia dibuka kepada pelajar dan guru.

Timbalan Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ismail Abd Mutalib berkata, pihaknya mengadakan mesyuarat khas dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan sudah menerima senarai sekolah yang perlu diberi perhatian.

“JBPM akan memberi keutamaan kepada sekolah yang berada dalam kawasan zon merah dahulu.

“Walaupun semua bangunan kerajaan dan tempat awam di zon merah sudah disanitasi sebelum ini tetapi ia tidak termasuk bangunan sekolah,” katanya.

Beliau berkata, langkah itu diambil bagi memastikan keadaan sekolah berada dalam keadaan bersih dan selamat dari ancaman Covid-19 sebelum dibuka kepada pelajar dan guru pada 24 Jun ini.

Dr Ismail berkata, bagi sekolah lain yang berada dalam kawasan zon hijau, JBPM tidak akan membuat sanitasi sebaliknya menyerahkan kepada pihak sekolah melakukannya sendiri.

“Bagaimanapun sekolah yang tidak terbabit, kita akan membekalkan alat sanitasi seperti bahan kimia yang sesuai dan memberi tunjuk ajar cara melakukan satinasi oleh pihak JBPM.

“Kerja sanitasi bangunan sekolah seperti bilik darjah, bilik guru, kantin dan tandas sekolah terbabit akan dilakukan oleh pekerja sekolah masing-masing,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat rumah mangsa ribut di Felda Jengka 1, Maran hari ini.

Sebanyak 23 rumah rosak berikutan kejadian ribut dua hari lalu.

Beliau turut mengarahkan pengurus Felda membaiki segera rumah yang rosak itu dengan peruntukkan antara RM 10,000 hingga RM 15,000 bagi setiap rumah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: