Rumah Mampu Milik Rawang
Menepati langkah pemulihan sesudah melalui fasa PKP, satu lagi projek pembangunan kesejahteraan rakyat dilancarkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Sebanyak tiga ribu unit rumah transit belia dan rumah mampu milik akan dibina hujung tahun ini.
Menariknya, unit rumah ini akan dibina melalui teknologi
pra-fabrikasi dan IBS bagi memastikan kelajuan dan kualiti terus terjamin.
Ini peluang terbaik untuk generasi belia dan golongan menengah memiliki rumah sendiri.
YBM Hajah Zuraida Kamaruddin kekal fokus kepada kerja-kerja kesejahteraan masyarakat seiring dengan Dasar Komuniti Negara.