Sejarah Muzik Malaysia:Rock The World

Selepas berakhirnya era muzik Rock di Malaysia pada pertengahan 1990an, tiada lagi penganjuran konsert muzik tahunan skala besar yang pernah berlangsung era 1980an dan 1990an. Persembahan ‘live band’ di fun-fair juga berakhir penghujung tahun 1990an.

Memasuki era alaf baru, muncul jenama ROCK THE WORLD pada tahun 2000. Konsert pertama Rock The World telah berlangsung di lapangan letak kereta, One Utama Shopping Centre yang mendapat tajaan Panasonic.

Rock The World menampilkan 100 peratus band-band muzik tempatan. Ia adalah konsert rock ‘open air’ terbesar di Malaysia yang dilangsungkan secara tahunan. ‘Pesta rock’ terbesar negara ini kemudiannya dilangsungkan di lokasi tetap iaitu Stadium Merdeka. Lokasi penganjuran sekali bertukar ketika Stadium Merdeka melalui proses naik taraf dan lapangan letak kereta Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi pilihan penganjur.

Antara pihak-pihak yang pernah terlibat dalam penganjuran selama 17 tahun Rock The World adalah Majalah ROTTW, Tune Talk, TM (Telekom Malaysia), Radio Era, 8TV dan sokongan dari Kementerian Belia & Sukan (KBS).

Antara nama-nama besar dalam scene muzik Malaysia yang pernah terlibat dalam Rock The World adalah Butterfinger, Gerhana Ska Cinta, Bunkface, Saturnine, Love Me Butch, Cromok, Sil Khannaz, Farasu, Koffin Kanser, The Hidden, Langsuyr, The Pilgrims, Masdo, Roots & Boots, Blind Tribe, Massacre Conspiracy dan OAG.

RTW 17

Namun penganjuran acara terbesar muzik ini telah berakhir dan Rock The World 17 edisi tahun 2017 merupakan edisi terakhir jenama ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: