PEKERJA PEMBERSIHAN HERO MASYARAKAT
Setiap bencana pasti ada rahmat di sebaliknya. Wabak Covid-19 yang melanda negara telah mencetuskan keperihatinan tiap warganegara.
Warga barisan hadapan dihargai masyarakat sebagai perisai terkedepan menghadapi dan menanggani wabak.
Namun penghargaan bermakna tidak dilupai kepada warga pekerja kutipan sisa pepejal. Mereka ini setiap hari akan melaksanakan tugas pembersihan dan menguruskan sisa buangan harian.
Warga pekerja kutipan sisa buangan ini meletakkan diri kepada risiko kesihatan dan keselamatan diri demi melaksanakan tanggungjawab tugasan dan amanah yang mungkin tak terbuat oleh sebahagian besar masyarakat.
YBM Hajah Zuraida Kamaruddin mengangkat peranan warga pekerja kutipan sisa buangan ini sebagai Hero Masyarakat. Tanpa sumbangan mereka, siapa yang mahu membuat kerja-kerja pembersihan ini?
Lebih bermakna hari ini tanggal 17 Jun 2020 menjadi Hari Pekerja Pembersihan bagi menghargai seluruh warga pekerja kutipan sisa buangan di Malaysia.
Ia merupakan sambutan pertama dan julung kali disambut peringkat kebangsaan.