Tiada lagi had maksimum 4 orang satu meja

Kerajaan telah menarik semula peraturan yang menetapkan kapasiti maksimum empat orang bagi satu meja terhadap orang awam yang makan di restoran.

Menteri Pertahanan Ismail Sabri berkata kapasiti yang dibenarkan kini bergantung kepada ukuran meja namun masih perlu menjaga jarak sosial.

“Boleh, selagi ada penjarakan sosial, boleh, kalau meja panjang boleh muat 10 orang, 10 orang (boleh duduk), tetapi mesti ada penjarakan sosial. Isunya adalah penjarakan sosial.

“Kalau meja besar, (untuk 10 orang), takkan duduk dua (orang). Sebagai contoh, kalau meja itu muat untuk lapan, lapan lah (boleh duduk). Jadi kita tiada halangan di situ, kita bolehkan,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Pengumuman itu dibuat setelah sebuah restoran di Ipoh diperintahkan untuk ditutup satu minggu setelah tujuh orang duduk di meja yang sama pada 10 Jun.

Ketujuh-tujuh individu itu juga masing-masing didenda RM1,000.

Sumber : Malaysiakini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: