Hawk-Eye mohon maaf kepada Sheffield United

Hawk-Eye mohon maaf kepada Sheffield United

Hawk-Eye memohon maaf secara terbuka kepada Sheffield United selepas kemenangan pasukan itu ke atas Ason Villa diragut oleh teknologi garisan gol dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Villa Park awal pagi tadi.

United sepatutnya berada di depan pada penghujung babak pertama apabila penjaga gol Villa, Orjan Nyland, memegang bola yang sudah melintasi garisan gol selepas berlanggar dengan rakan sepasukannya, Keinan Davis.

Tiada sebarang isyarat diberikan untuk dinilai oleh pengadil, Michael Oliver, sehingga satu-satunya jaringan yang sepatutnya terhasil dalam perlawanan itu — perlawanan pertama sejak Liga Perdana Inggeris kembali bersambung selepas direhatkan berikutan pandemik Covid-19 — tidak dikira.

Syarikat yang mengelolakan teknologi itu, Hawk-Eye, mengesahkan selepas perlawanan berkenaan bahawa gol itu sepatutnya dikira tetapi visual kamera itu telah terlindung oleh pemain pertahan, Nyland dan tiang gol.

Hawk-Eye Innovations@Hawkeye_view

Hawk-Eye statement on the goal line incident during Aston Villa v Sheffield match this evening.

View image on Twitter

“Sewaktu separuh masa pertama perlawanan di antara Aston Villa dan Sheffield United di Villa Park,  terdapat insiden garisan gol melibatkan bola yang dipegang penjaga gol Asto Villa, Nyland, No. 25,” kata Hawk-Eye dalam satu kenyataan.

“Pegawai perlawanan tidak menerima sebarang isyarat untuk menyemak semula menerusi protokol sistem penentu gol (GDS).

“Tujuh kamera yang diletakkan sekitar gawang gol itu telah terlindung oleh penjaga gol, pertahanan dan tiang gol.

“Situasi seperti ini tidak pernah berlaku dalam 9,000 perlawanan yang menggunakan teknologi garisan gol Hawk-Eye sebelum ini.

“Sistem itu telah diuji dan terbukti berfungsi sebelum perlawanan bermula, sesuai dengan Peraturan Perlawanan IFAB dan telah disahkan oleh pegawai perlawanan.

“Sistem itu masih berfungsi sehingga penghujung perlawanan.

“Hawk-Eye memohon maaf secata terbuka kepada Liga Perdana, Sheffield United dan semua yang terkesan dengan insiden itu,” katanya.

Skuad The Blade itu dapat memintas Manchester United di tangga kelima liga seandainya menang manakala Villa pula berada di tangga kedua tercorot dengan hanya satu mata di belakang Bournemouth dan West Ham.

Sumber Astro Arena

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: