25 AJK PKR Saratok umum keluar parti, hilang kepercayaan kepada Anwar

PETALING JAYA: 25 ahli jawatankuasa (AJK) PKR bahagian Saratok, Sarawak, hari ini mengumumkan meletak jawatan dan keluar parti berkuat kuasa serta-merta kerana hilang kepercayaan kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim.

25 AJK berkenaan berkata, PKR pada masa ini seolah-olah tidak mempunyai hala tuju dan hanya berusaha untuk memenuhi impian peribadi Anwar untuk menjawat tugas sebagai perdana menteri.

“Kami berasa kecewa kerana parti seolah-olah lebih mementingkan impian peribadi presiden untuk menjawat jawatan perdana menteri, bukannya untuk memperjuangkan agenda reformasi seperti yang sentiasa dilaung-laungkan selama ini.

“Jauh di sudut hati, kami bertanya, adakah agenda reformasi ini hanya sekadar membawa erti menobatkan Anwar sebagai perdana menteri semata mata?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pengumuman keluar parti hari ini diketuai pemangku ketua PKR bahagian, Barang @ William Usup diikuti 3 naib ketua, setiausaha, bendahari, ketua Pemuda, ketua Wanita dan 16 AJK.

Kumpulan itu juga berkata, mereka merupakan penyokong setia ahli Parlimen Saratok, Ali Biju yang sebelum ini dipecat oleh PKR susulan tindakannya bersama-sama ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dan ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin dalam apa yang dinamakan “langkah Sheraton”.

“Sokongan kami selama ini terhadap Ali Biju adalah atas kapasiti peribadi beliau dan bukannya parti. Tiada siapa dapat menafikan bahawa kuatnya PKR di Saratok bergantung kepada kekuatan dan kepimpinan Ali Biju dan bukannya parti semata-mata,” katanya.

Kumpulan itu juga percaya, pelantikan Ali Biju sebagai timbalan menteri tenaga dan sumber asli di bawah kerajaan Perikatan Nasional membawa lebih banyak pembangunan di kawasan Parlimen Saratok.

Sumber Free Malaysia Today

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: