Azmin Ali ketuai delegasi perundingan RCEP

KUALA LUMPUR, 22 Jun —  Perundingan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) akan diteruskan pada Mesyuarat Peringkat Menteri Antara Sesi ke-10 yang akan berlangsung secara maya esok.

Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)  Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan mengetuai delegasi pada perundingan RCEP bersama-sama 14 negara peserta lain terdiri daripada negara anggota ASEAN dan lima rakan kongsi ASEAN FTA iaitu Jepun, Korea, China, Australia dan New Zealand.

Tahap perundingan semasa adalah tonggak penting ke arah jangkaan untuk menandatangani Perjanjian RCEP menjelang akhir tahun, kata MITI dalam satu kenyataan hari ini.

“Para menteri Ekonomi dan Perdagangan 15 negara anggota dijangka membincangkan isu-isu tertunggak bagi membolehkan perjanjian itu dimuktamadkan.

“Perjanjian RCEP, sebaik sahaja selesai, diharap dapat menjadi perjanjian perdagangan bebas serantau terbesar dunia dari segi sumbangan keluaran dalam negara kasar kepada ekonomi dunia dan liputan penduduk,” kata kementerian itu.

Berikutan ketidakstabilan ekonomi global dalam keadaan pergeseran perdagangan dan penularan pandemik COVID-19, adalah mustahak bagi Malaysia, sebagai salah sebuah negara perdagangan global utama, untuk menyokong dan bekerjasama dengan negara-negara peserta RCEP yang lain ke arah mencapai penyelesaian perundingan dan seterusnya menandatangani Perjanjian RCEP.

MITI secara konsisten telah berinteraksi dengan beberapa pihak berkepentingan termasuk industri, pertubuhan masyarakat dan ahli Parlimen dalam memajukan kedudukan Malaysia dalam rundingan-rundingan berkenaan.

“Mohamed Azmin akan berkongsi dan menyatakan pandangan Malaysia mengenai kemajuan RCEP.  Untuk mencapai tujuan ini, kerajaan akan berusaha mempromosikan perdagangan bebas dan adil dan pada masa yang sama menyeimbangkan kepentingan pihak berkepentingan dalam negara,” katanya.

Sumber BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: