Bakti Sosial
Penggerak Komuniti Negara Petra Jaya di Sarawak mengadakan Program Baju Terpakai untuk orang awam menyumbang dan diedarkan kepada komuniti setempat yang memerlukan.
Ini suatu usaha yang positif untuk menggalakkan masyarakat terlibat dalam bakti sosial.
Jika di negara maju seperti Jepun, Taiwan atau Korea Selatan, bakti sosial begini sering dijalankan bagi mendekatkan masyarakat kepada hal-hal kebajikan sosial. Secara langsung akan membantu golongan yang tak berkemampuan.
Ada orang yang tak cukup kemampuan untuk membeli pakaian baru kerana kekangan pendapatan yang cukup-cukup makan.
Usaha bakti sosial begini sesuai dengan matlamat Dasar Komuniti Negara yang mahu memperkasakan komuniti.
Semua orang boleh terlibat secara percuma tanpa perlu bebanan modal sambil berbakti kepada masyarakat.
_PPI