Khidmat Bomba Unggul Di Barisan Hadapan
Walaupun pasukan Bomba menjadi ‘sayap utama’ Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, tetapi khidmat pasukan penyelamat ini setaraf pasukan barisan hadapan lain.

Terbukti pengorbanan dan khidmat pasukan ini menjadi nadi utama kepada gerakan pencarian sekumpulan pendaki haram di Bukit Tabur, Melawati, Selangor pada 23 Jun lepas.
Mereka terlibat secara menyeluruh dalam operasi pencarian dan menyelamatkan para pendaki haram tersebut.
Kumpulan pendaki tersebut telah berjaya diselamatkan setelah sesat beberapa jam di kawasan hutan Bukit Tabur.
Tabik hormat kita berikan kepada pasukan Bomba, sebagai barisan hadapan negara untuk pelbagai situasi menyelamat.
Foto utama oleh Malaysia Gazette
_PPI