Malaysia dijangka catat sifar kes pertengahan Julai

Malaysia dijangka mampu mencatatkan sifar kes harian COVID-19 sekitar pertengahan bulan depan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau yakin unjuran itu mampu dicapai sekiranya rakyat Malaysia kekal patuh dengan semua prosedur operasi standard (SOP) dan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM), khususnya menjaga penjarakan sosial, kerap mencuci tangan, menjaga kebersihan dan memakai pelitup separuh muka.

“Selepas dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kita tidak mencatatkan peningkatan kes mendadak dan jumlah kes baharu masih terkawal, bererti kepatuhan rakyat sangat tinggi.

“Jumlah kes baharu juga semakin berkurangan dengan beberapa kali mencatatkan satu angka dalam sehari dan mungkin dalam sebulan lagi, jika rakyat patuh SOP dan nasihat KKM, kita akan berjaya capai sifar kes baharu.

“Tindakan untuk kita berjaya capai sifar kes COVID-19 ketika ini bukan pada KKM, sebaliknya bergantung sama ada rakyat patuh SOP atau tidak,” katanya pada sidang media harian mengenai COVID-19 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, KKM sudah mengenal pasti masalah yang perlu diatasi bagi memastikan sasaran sifar kes COVID-19 berjaya dicapai, khususnya membabitkan warga asing, sama ada yang sah atau tanpa izin.

Katanya, pertambahan sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi sepanjang PKPP juga diyakini tidak akan menyumbang pada peningkatan kes baharu pandemik itu jika semua pihak mematuhi SOP yang digariskan.

“Memandangkan keadaan terkawal dan kepatuhan rakyat yang tinggi ketika ini, kita membenarkan pertambahan sektor ekonomi kerana sekarang kita kena seimbangkan antara nyawa dan mata pencarian.

“Namun, kita tetap teruskan pemantauan kerana virus ini masih wujud dalam masyarakat dan untuk putuskan penularan, kita kena amalkan penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter,” katanya.

Sumber : BH Online

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: