Sanitasi Awam ‘Mensucikan’ Bandar
Setakat ini di bawah kawal selia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), sebanyak 8,874 operasi sanitasi awam dilakukan di 134 zon.
Imbasan semasa operasi ini dimulakan beberapa bulan dulu, muncul kecaman yang mempertikaikan rasional ia dijalankan.
Segelintir pihak menyindir Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan namun YBM Hajah Zuraida Kamaruddin tidak mempedulikannya. Namun di sebalik kecaman dan sindiran tersebut, beliau telah mendapatkan pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memperkemaskan prosedur operasi sanitasi.
Setelah masyarakat negara ini melalui pelbagai langkah ketat sepanjang PKP, ia telah mencetuskan suatu keadaan baru khususnya suasana kebersihan dalam bandar.
Masyarakat kini lebih peka dan menghargai usaha yang digerakkan oleh KPKT melalui operasi sanitasi awam seluruh negara.
Lokaliti-lokaliti dalam bandar lebih bersih dan ancaman pencemaran bau akibat sampah dan tikus atau serangga berkurangan.
Seolah-olah setiap inci bandar telah ‘disucikan’ daripada kekotoran hasil tangan manusia.
_PPI