Rakyat Tersenyum Ke Pasaraya
Hari ini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sudah melakukan 8,915 operasi sanitasi merangkumi 134 zon.
Rakyat Malaysia masih boleh tersenyum dan berasa lega dengan usaha-usaha sanitasi awam ini.
Mengikut maklumat, sebanyak 354 pasaraya telah disanitasi. Rakyat merasa senang hati masih dapat ke pasaraya untuk membeli barangan keperluan harian.
Ini rahmat di sebalik kerja-kerja sanitasi awam yang memberi kelebihan kepada masyarakat.
Sebelum ini, timbul kebimbangan masyarakat kepada jangkitan wabak Covid-19 di pasaraya-pasaraya.
Disiplin masyarakat kita juga berada pada tahap terbaik untuk ikut dan patuh kepada tiap S.O.P kesihatan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
_PPI