Sistem perbankan, kewangan rugi RM1 trilion sekiranya ekonomi tidak dibuka semula

Seluruh sistem perbankan dan kewangan negara akan runtuh dan mengalami kerugian kira-kira RM1 trilion sekiranya sektor ekonomi tidak dibuka semula akibat pandemik COVID-19.

Mendedahkan perkara itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau mengetahui risiko tersebut ketika mengetuai satu mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara, yang selalu dipengerusikan pada setiap Isnin.null”Satu hari, Gabenor Bank Negara memberitahu saya, sekiranya dalam sehari atau sebulan mendatang ini, kita tidak buat apa dan tidak membolehkan ekonomi bergerak seperti biasa, seluruh sistem kewangan dan perbankan negara akan runtuh.

“(Dan), kalau itu terjadi itu, nilai kerugian pada sistem perbankan dan kewangan adalah kira-kira RM1 trilion,” kata beliau ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Khas bersama kepimpinan masyarakat Parlimen Pagoh, petang Sabtu.nullPerdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pagoh itu berkata masalah ekonomi akibat penularan pandemik COVID-19 bukan sahaja berlaku kepada Malaysia, tetapi juga menjejaskan negara luar termasuk negara-negara maju.

Justeru, katanya ekonomi negara perlu dikembalikan kepada satu landasan yang lebih baik.

“Kegiatan ekonomi mesti kita tingkatkan dalam tempoh yang tidak terlalu lama. Bila kita laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semua kilang berhenti bukan sehari tetapi berbulan-bulan, setiap hari perniagaan dan ekonomi kita tidak bergerak,” tambahnya.

Bagaimanapun antara cabaran kerajaan yang dihadapi dalam usaha merancakkan ekonomi seperti melonggarkan sekatan-sekatan yang dikenakan ketika PKP adalah masalah psikologi di kalangan rakyat berikutan kebimbangan terhadap COVID-19.

“Dalam keluarga saya sendiri pun, ada yang teragak-agak untuk ke restoran, misalnya..selamat ke tidak. Ada halangan psikologi disebabkan tempoh tiga bulan lebih berada di rumah menyebabkan kita tidak bersedia untuk keluar,” kata beliau.

Tambah Perdana Menteri, bagi merancakkan ekonomi negara, pelbagai bantuan termasuk Pelan Jana Semula Ekonomi Negara telah diperkenalkan.

Selain itu, kerajaan turut menumpukan kepada latihan vokasional dan kemahiran kepada anak-anak muda bagi memberi peluang mereka berdikari terutama dalam menghadapi keadaan sukar pada masa hadapan.

Ketika Perdana Menteri mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun lepas sehingga 31 Ogos, beliau turut membenarkan perjalanan rentas negeri serta aktiviti pelancongan domestik dalam usaha menjana semula ekonomi negara tetapi perlu mengamalkan norma baharu termasuk patuh pada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Sumber : Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: