Bakti Sosial | Masyarakat Hargai Jualan Amal
Sudah masuk siri keempat Program Jualan Amal Keperluan Asas dijalankan oleh YBM Hajah Zuraida Kamaruddin di Parlimen Ampang.
Ia menggembirakan orang ramai khusus dalam mendapatkan ikan-ikan segar dalam program tersebut dengan harga berpatutan.
Mungkin ini program yang tidak popular untuk rating isu semasa tetapi bakti sosial yang digerakkan oleh pejabat Parlimen Ampang ini mendapat reaksi positif masyarakat setempat.
Hakikatnya, orang awam lebih suka dan senang hati dengan jualan amal sebegini. Manfaat lebih kepada rakyat dan secara langsung pemimpin seperti YBM Hajah Zuraida Kamaruddin lebih dihargai atas keperihatinan terhadap masyarakat.
_PPI