Pengarang, penerbit buku Rebirth akan dipanggil – Bukit Aman

KUALA LUMPUR – Individu yang dikaitkan dengan penerbitan sebuah buku bertajuk ‘Rebirth: Reformasi, Resistance and Hope In New Malaysia’ yang mana muka hadapannya didakwa menghina Jata Negara akan dipanggil polis untuk memberi keterangan.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya sudah menerima maklumat berhubung penerbitan buku itu dan siasatan sedang dijalankan.

Katanya, polis juga sudah menerima beberapa laporan polis dan kertas siasatan juga telahpun dibuka.

“Mereka yang terbabit dalam penghasilan buku itu termasuk pengarang, editor dan penerbit akan dipanggil membantu siasatan,” katanya hari ini.

Tambah beliau dalam perkembangan berkaitan, polis menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) (Pindaan) 2016, Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 233, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 8 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Kenyataan itu menyusul selepas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menerusi hantaran di Facebook mengesahkan telah mengarahkan polis untuk mengambil tindakan.

Hamzah berkata demikian selepas puluhan laporan polis dibuat di seluruh negara sejak pagi tadi ekoran gambar Jata Negara yang didakwa diubah suai.

Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan juga mendesak kerajaan supaya bertindak tegas ke atas pelaku berkenaan tanpa menunggu rakyat merayu serta membuat laporan polis

Sumber : MalaysiaGazette

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: