‘Belaian Sakti’ Bomba Wanita
Tanpa kita perasan dan sedar, sudah ramai wanita yang terlibat dalam perkhidmatan bomba.
Baru-baru ini, YBM Hajah Zuraida Kamaruddin telah mengadakan lawatan kerja ke Perak.
Beliau berkesempatan melawat buat pertama kali bertemu dengan anggota Bomba wanita Perak.
Peranan Bomba wanita amat penting terutamanya melibatkan sesi kaunseling kepada mangsa trauma kemalangan, melakukan latihan kebakaran khususnya kepada suri rumah serta program kesedaran awam yang lain.
YBM Hajah Zuraida berhasrat untuk mempertingkatkan penglibatan wanita menyertai skuad bomba wanita selain mewujudkan pusat latihan wanita bagi perkhidmatan bomba.

_PPI