Inspirasi Intelek Muda
Kejayaan Muhammad Harraz Nazhan Mohd Yusni dari Sekolah Menengah Sains Alam Shah Kuala Lumpur yang telah merangkul Anugerah Emas dan Anugerah Khas untuk projek beliau yang bertajuk “Converting Unused Wood Into Functioning Timber” dalam Asia-Pacific Conference of Young Scientist 2019 adalah suatu inspirasi oleh bakat intelek muda negara.

YBM Hajah Zuraida Kamaruddin melihat kejayaan bakat muda ini perlu dicontohi oleh pelajar lain terutamanya dalam berinovasi menjadikan bahan buangan sebagai bahan yang mempunyai nilai semula.
Selari dengan Dasar Kebersihan Negara dan Dasar Komuniti Negara yang dibangunkan oleh KPKT, rakyat Malaysia juga digalakkan untuk bersama-sama dalam mengamalkan budaya kitar semula.
YBM Hajah Zuraida menzahirkan penghargaan beliau atas kejayaan Muhammad Haraz di Majlis Penyampaian Anugerah Asia-Pacific Conference of Young Scientist 2019.
_PPI