Kelas sekolah menengah, darjah 5 dan 6 bermula 15 Julai?

Kementerian Pendidikan bercadang memulakan kelas semua tingkatan sekolah menengah serta darjah lima dan enam sekolah rendah pada 15 Julai ini.

Sinchew Daily melaporkan, kelas untuk darjah satu hingga darjah empat sekolah rendah pula dijangka disambung semula seminggu atau dua minggu selepas kelas darjah lima dan enam dimulakan.

Sumber berkata, rancangan pembukaan semula sekolah itu akan diumumkan dalam masa terdekat jika tidak berlaku perubahan yang mengejut.

Menurut sumber, pihak sekolah dan para pelajar perlu mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan untuk memastikan penjarakan sosial di sekolah.

Mengenai jumlah murid dalam kelas, sumber berkata, bagi sekolah yang mempunyai kelas yang mencukupi dan murid yang tidak ramai, semua pelajar boleh menghadiri kelas seperti biasa.

Untuk sekolah satu sesi yang mempunyai pelajar yang ramai pula, sesi pagi dan sesi petang harus diwujudkan untuk memastikan penjarakan sosial.

Difahamkan , satu garis panduan yang ditambah baik berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah bertarikh 4 Jun akan dikeluarkan selepas ini.

Kementerian Pendidikan sebelum ini membenarkan calon peperiksaan tingkatan lima dan enam untuk kembali ke sekolah pada 24 Jun lalu.

Sumber : MalaysiaGazette

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: