Giliran Jasin Dapat Limpahan Kesejahteraan
Kali ini giliran Pekan Jasin di Melaka mendapat peluang merasai limpahan kesejahteraan.
Hari ini YBM Hajah Zuraida Kamaruddin telah mengumumkan peruntukan awal sebanyak RM1 juta untuk kerja-kerja awal pembinaan sebuah pasar awam baru di Pekan Jasin.

Pihak Majlis Perbandaran Jasin dalam pembentangan projek berkenaan telah mencadangkan tapak pasar baru Jasin yang berkeluasan 1 ekar dilengkapi dengan pelbagai fasiliti antaranya gerai barangan basah & kering, medan selera, serta tandas awam.
Pembinaan pasar awam baru itu dijangka akan menjadi nadi ekonomi buat Pekan Jasin selain menjana pendapatan baru buat PBT.
_PPI