Menteri KPKT Bertemu Yang Dipertua Negeri Melaka
Hari ini, YBM Hajah Zuraida Kamaruddin membuat kunjungan hormat ke atas TYT Tun Datuk Seri Dr Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka.
Pertemuan hampir sejam itu adalah atas jemputan TYT Tun Datuk Seri Dr Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam.
Pelbagai perkara telah dibincangkan membabitkan kemajuan negeri Melaka oleh kedua-dua pihak.
_PPI
