Kesinambungan ‘Limpahan Kesejahteraan’ Untuk Bumi Melaka
Rupa-rupanya bukan setakat Jasin yang menerima ‘limpahan kesejahteraan’ pembangunan, malah ia turut berlangsung di kawasan-kawasan lain di negeri Melaka.
Hari ini, YBM Hajah Zuraida Kamaruddin meneruskan lawatan seterusnya ke Pekan Rumbia, Dataran Keris, Alor Gajah serta Pasar Awam, Alor Gajah.

Sebanyak RM300,000 telah diluluskan bagi kerja-kerja keceriaan di kawasan Pekan Rembia.
Sejumlah peruntukan RM5.3 juta meliputi RM1 juta kepda 4 PBT di Melaka bagi kerja-kerja pembangunan telah diluluskan oleh Menteri KPKT.
Semalam beliau turut meluluskan RM1juta bagi kerja-kerja awal pembinaan Pasar Jasin.
Memetik ciapan twitter YBM Hajah Zuraida awal pagi ini;
“Singgah berbudi ke negeri Melaka,
Sambil menanam durian raja,
Untung berbakti menteri bekerja,
Melaka Maju rakyat sejahtera.”

_PPI