Najib, Azmin sarapan semeja

CHINI – Hari terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini menyaksikan dua pemimpin politik yang dahulunya seteru kini mampu duduk semeja.

Dalam siri kempen ke Kampung Kuala Mentiga, Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak dikunjungi Menteri Perindustrian Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.https://2d275e77de1670ba6b8034c6416d210c.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-37/html/container.html

Azmin yang tiba di Kampung Kuala Mentiga dilihat duduk bersama satu meja dengan Najib untuk bersarapan bersama.

Ini kali pertama kedua-dua mereka dilihat makan semeja sejak terbentuknya kerajaan Perikatan Nasional pada Mac lalu.

Untuk rekod, ini kali pertama Azmin dilihat menyokong calon yang dikemukakan Barisan Nasional.

Azmin33

Hadir sama adalah calon Barisan Nasional (BN), Mohd Sharim Md Zain, dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Kempen PRK DUN Chini akan berakhir jam 12 tengah malam ini dengan peluang BN untuk mengekalkan kerusi ini cerah apabila turut mendapat sokongan Pas.

PRK DUN Chini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Calon Barisan Nasional (BN) Mohd Sharim Md Zain, 41, dan dua calon Bebas Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, dan Mohd Shukri Mohd Ramli, 49.

Daftar pemilih bagi PRK DUN Chini mengandungi 20,990 pengundi yang terdiri daripada 20,972 pengundi biasa.

Sumber : MalaysiaGazette

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: