Penolong pengarah imigresen ditahan disyaki terlibat seludup pendatang

Seorang penolong pengarah Jabatan Imigresen wanita yang bertugas di salah sebuah kompleks imigresen Johor ditahan dua hari lepas kerana disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan pendatang asing.

Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay berkata pegawai kanan berumur 50 tahun itu ditahan di tempat dia bertugas oleh anggota Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.

Katanya langkah itu adalah lanjutan kepada penahanan tiga pegawai imigresen pada 23 Jun lepas, yang dipercayai terbabit dalam kes sama.

Penahanan suspek itu juga merupakan tangkapan pegawai berpangkat paling tinggi setakat ini dalam kes sindiket penyeludupan pendatang asing.

Menuru Ayob Khan, suspek disiasat mengikut Seksyen 26 (A) Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Atipsom) dengan mengguna pakai prosedur siasatan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

“Modus operandi suspek adalah menyediakan cap imigresen Malaysia yang disyaki palsu bagi menguruskan penyeludupan warga Indonesia yang telah tamat tempoh pas lawatan sosial (PLS) sebelum arahan perintah kawalan pergerakan (PKP) dikeluarkan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media, di Johor Bahru hari ini.

Beliau menegaskan, polis tidak akan bertolak ansur dan tidak melindungi mana-mana pihak walaupun berjawatan tinggi sekiranya didapati terlibat dalam sindiket penyeludupan.

“Polis Johor tidak melihat status, kalau terlibat kita tangkap tanpa mengira kedudukan.

“Ada pihak cuba kaitkan isu tangkapan (sindiket) ini dengan mengatakan bahawa polis menganiaya.

“Tidak timbul isu itu kerana kita hanya menjalankan siasatan dan menyiapkan kertas siasatan, setelah itu dipanjangkan kepada pejabat Peguam Negara dan mahkamah yang akan tentukan sama ada mereka bersalah atau pun tidak,” tambahnya.

Sumber : Malaysiakini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: