#Komuniti | Pupuk Kesedaran Cegah Kebakaran Suri Rumah
Ada logika di sebalik hasrat Menteri KPKT mahu memperluaskan penglibatan wanita menyertai skuad bomba.
YBM Hajah Zuraida menyatakan peranan anggota bomba wanita adalah penting khususnya dalam mendekati mangsa wanita untuk tujuan kaunseling kepada mereka yang mengalami trauma akibat sesuatu insiden.
Tambah beliau lagi, anggota wanita juga akan diberi tanggungjawab terhadap program kesedaran mencegah kebakaran melibatkan golongan sasar suri rumah atau mereka yang bekerja di dapur.
Golongan suri rumah yang kerap bekerja dan memasak di dapur. Peranan anggota bomba wanita mampu mendidik dengan maklumat dan pengetahuan penting keselamatan di dapur.
_PPI