Kita sudah buat yang terbaik – Mohd Sharim

Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Sharim Md Zain melahirkan rasa syukur setelah selesai membuang undi pada jam 9.10 pagi tadi.

Mohd Sharim yang ditemani isterinya, Norhiliyana Abdul Majid berkata, beliau sudah melakukan yang terbaik untuk pengundi Chini dan kini terpulang kepada mereka untuk membuat pilihan.

“Bagi saya SOP yang telah ditetapkan dipatuhi dengan sebaik mungkin dan dalam suasana yang ramai kita tidak dapat kawal tapi kita cuba untuk mematuhi segala arahan yang diberikan oleh SPR.

“Kita doakan kejayaan untuk BN,” katanya selepas selesai membuang undi di Sekolah Kafa Felda Chini 3, pagi tadi.

Sharim mengundi di saluran satu sementara isterinya mengundi di saluran 7.

Kedua-dua mereka diiringi Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak dan memasuki dewan pengundian tepat jam 9 pagi.

Ditanya mengenai keyakinan beliau tentang pengundi hari ini, Sharim berkata, beliau menyerahkan kepada ketentuan Ilahi samada beliau akan diangkat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini yang baharu.

“Saya rasa kita sudah berkempen selama 14 hari dan pastinya kita letakkan ketentuan kepada Allah. Kita sudah buat yang terbaik setakat hari ini,” katanya lagi.

Hari ini seramai 20,816 bakal menunaikan tanggungjawab mereka di 13 pusat mengundi menerusi 65 saluran.

Sebanyak 13 pusat mengundi yang dibuka ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Mambang, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paloh Hinai, SK Kinchir, Dewan Mempelas Kampung Baru PPSK Salong, SK LKTP Chini Timur 1, SMK Chini Timur, Balai Raya Kampung Dusun, SK LKTP Chini Timur 2, SK LKTP Chini 3 dan 5, SK LKTP Chini 1 dan 4, Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Felda Chini 3, Sekolah Agama Rakyat (KAFA) Nur Ilham Felda Chini 1 dan SMK Chini 2

Sumber : MapaysiaGazette

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: