Merungkai Yang Tersimpul

Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”.

(HR. Muslim, lihat juga Kumpulan Hadits Arba’in An Nawawi hadits ke 36).

Kesulitan dan kepayahan urusan yang dihadapi oleh sekumpulan peniaga makanan kerana masalah tapak meniaga telah mendapat perhatian YBM Hajah Zuraida Kamaruddin.

Setelah mendengar penjelasan dari kesemua pihak, beberapa jalan penyelesaian telah diambil antaranya:

  1. Menempatkan 5 orang peniaga makanan ke premis kosong yang terdapat di gerai Jalan Badik 16, Taman Putri Wangsa.
  2. Tiada bayaran sewa di premis berkenaan sehingga hujung tahun ini.
  3. Peniaga boleh mencari tapak gerai lain yang difikirkan sesuai dalam tempoh 3 bulan dari sekarang.

Sebelum itu, beliau bersama pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Adun dan peniaga di Lot 43952, Jalan Beladau 24, Taman Putri Wangsa, Johor Bahru.

Keluhan peniaga itu timbul selepas, pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru mengambil tindakan ke atas 6 kedai yang menjalankan aktiviti perniagaan diatas tanah Rizab Pengangkutan Awam serta tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah.

Inilah tanggungjawab pemimpin untuk rakyat. Merungkai yang tersimpul, memudahkan tiap urusan.

_PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: