Sokongan rakyat terhadap PN semakin meningkat

Tidak dapat dinafikan bahawa peranan Sabah dan Sarawak dalam politik negara begitu penting sehingga menjadi penentu dalam pembentukan kerajaan Persekutuan. – BernamaRAKYAT menghadapi pelbagai fenomena yang menggugat ketenangan pemikiran mereka sejak awal tahun 2020.

Antaranya paling besar pandemik COVID-19, usul tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam persidangan Dewan Rakyat yang dijadualkan bermula dari 13 Julai sehingga 27 Ogos dan Ahli Parlimen yang melompat parti.

Pandemik COVID-19 yang memasuki era pemulihan dapat diselesaikan dengan jayanya oleh kebijaksanaan Muhyiddin.

Sementara fenomena melompat parti oleh segelintir Ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipilih pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menyebabkan beberapa kerajaan negeri yang dikuasai Pakatan Harapan (PH) jatuh ke tangan Perikatan Nasional (PN).nullSementara itu, antara yang menarik mutakhir ini adalah pemilihan seorang  pemimpin dari Sabah yang telah dicalonkan sebagai bakal perdana menteri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pencalonan ini sekali gus akan menggagalkan cita-cita Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dilantik sebagai perdana menteri.nullMalah pencalonan seorang tokoh politik PH dari Sabah sebagai bakal perdana menteri bukan sahaja menimbulkan pelbagai andaian dan persoalan dalam kalangan rakyat bahkan dalam kalangan masyarakat Sabah dan Sarawak sendiri.

Sememangnya tidak ada sebarang masalah atau halangan dari segi lunas undang-undang negara bagi seseorang dari Sabah atau Sarawak (Borneo) yang memiliki 56 kerusi Parlimen atau 25 peratus daripada jumlah kerusi Parlimen untuk dilantik sebagai perdana menteri, malah negeri yang keluasannya lebih kurang 60 peratus daripada keluasan Malaysia.

Namun, rakyat masih tertanya-tanya terhadap niat atau strategi di sebalik pencalonan tersebut kerana ini adalah kali pertama seorang pemimpin dari Pulau Borneo dicadangkan untuk dilantik sebagai perdana menteri.

Sejarah politik

Sejarah politik negara menunjukkan bahawa sokongan dari negeri-negeri Borneo iaitu Sabah dan Sarawak amat penting, malah menjadi penentu kepada pembentukan kerajaan pusat.

Sokongan dari kedua-dua negeri ini amat diperlukan kerana Sabah mempunyai 25 kerusi Parlimen, manakala Sarawak pula dengan 31 kerusi Parlimen yang menjadi simpanan tetap (fix deposit) kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak penubuhan Persekutuan Malaysia.

Sejarah negara juga menunjukkan kejatuhan kerajaan BN selepas hampir 61 tahun memerintah apabila kehilangan sokongan Sabah dan Sarawak pada PRU14.

Namun, baru-baru ini, sokongan Sarawak terhadap pencalonan Muhyiddin sebagai perdana menteri telah menyumbang kepada pembentukan kerajaan PN pada awal bulan Mac selepas pentadbiran PH jatuh berikutan tindakan Dr Mahathir yang melepaskan jawatan perdana menteri.

Maka tidak dapat dinafikan bahawa peranan Sabah dan Sarawak dalam politik negara begitu penting sehingga menjadi penentu atau king maker dalam pembentukan kerajaan Persekutuan.

Pencalonan seorang pemimpin daripada Sabah sebagai calon perdana menteri dijangka menimbulkan kekhuatiran dalam Muafakat Nasional (MN) dan BN terhadap kebarangkalian peluang untuk kedua-dua entiti tersebut dalam menguasai majoriti di Parlimen pada masa akan datang.

Ekoran daripada itu, gabungan politik mula melaksanakan percaturan masing-masing untuk mengukuhkan kedudukan mereka sebelum PRU diadakan.

Kekuatan gabungan

Dalam pada itu, PH dilihat semakin lemah dengan parti-parti di bawahnya berpecah menjadi beberapa kumpulan dan serpihan.

Manakala, gabungan MN dan BN pula dilihat semakin pantas mengukuhkan kekuatan dan perpaduan dalam kalangan mereka bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Pemimpin parti dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),UMNO, Pas, MCA, MIC, PBB, SUPP, PBP, PRS, PBS, PBRS dan STAR telah mengadakan perjumpaan khas baru-baru ini dan menzahirkan sokongan terhadap kepimpinan Muhyiddin.

Malah beberapa parti politik dari Sarawak dan Sabah juga jelas menzahirkan sokongan kepada Muhyiddin.

Tindakan parti-parti dalam gabungan PN jelas berusaha untuk mempertahankan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri malah menyokong beliau menerajui kerajaan PN pada PRU15.

Dengan itu, pencalonan calon dari Sabah tidak akan memberikan kesan yang begitu ketara dalam pola sokongan daripada Sabah dan Sarawak.

Malah, sokongan daripada pelbagai parti termasuk daripada Sarawak dan Sabah menunjukkan Muhyiddin akan mengungguli usul undi tidak percaya terhadapnya di Parlimen  dengan mudah.

Dalam pada itu, media turut melaporkan bahawa usaha terhadap pendaftaran PN sebagai gabungan parti-parti politik sedang diusahakan.

Sekiranya usaha ini dapat dimuktamadkan dengan jayanya, maka PN dijangka menggantikan gagasan BN yang akan menjadi titik permulaan lembaran baru dalam politik baru negara.

Seperti sedia maklum, BN adalah gabungan pelbagai parti yang ditubuhkan pada tahun 1973 apabila tiga parti politik iaitu UMNO, MCA dan MIC diperluaskan kepada skala yang lebih luas iaitu meliputi 14 parti politik daripada seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Matlamat gabungan BN ketika itu adalah untuk  mengetepikan perbezaan politik, menolak perdebatan dan retorik politik yang sia-sia (politicking) dan lebih memfokuskan kepada pembangunan dan perpaduan negara dalam menjamin kesejahteraan kepada rakyat.

Gabungan parti-parti tersebut dianggap sebagai parti gabungan pemerintah yang paling lama dalam dunia demokrasi.

Jadi, usaha untuk menghidupkan semula semangat kerjasama politik di antara parti-parti politik demi pembangunan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat dan negara sudah bertunas di kalangan pemimpin-pemimpin parti politik utama yang mewakili pelbagai kaum dan etnik dalam negara.

Adalah menjadi harapan rakyat agar konsep gabungan parti-parti politik tersebut menjadi kenyataan dalam masa yang terdekat demi keamanan, keharmonian dan kesejahteran rakyat, lebih-lebih lagi untuk kestabilan politik.

Kemenangan calon BN yang disokong oleh MN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Chini dengan penuh bergaya jelas menunjukkan sokongan terhadap PN kian meningkat di kalangan rakyat.

Sumber : Astro Awani

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: