53 motosikal, 8 kereta hangus

Sebanyak 53 motosikal dan lapan kereta yang diletakkan di kawasan tempat letak kenderaan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gombak Setia, Kuala Lumpur, musnah dalam kebakaran, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 5.05 pagi.

“Seramai 24 anggota bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju, BBP Gombak Selatan dan BBP Setapak dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, kami mendapati api sedang marak dalam kebakaran itu yang membabitkan 53 motosikal serta lapan kereta diletakkan di kawasan tempat letak kenderaan di perumahan berkenaan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Katanya, kebakaran itu menyebabkan semua motosikal terbabit hampir 100 musnah, manakala 60 hingga 80 peratus kerosakan bagi lapan kereta berkenaan.

“Kebakaran itu berjaya dikawal oleh anggota bomba bertugas jam 5.25 pagi dan padam sepenuhnya jam 5.47 pagi.

“Kejadian ini tidak membabitkan mangsa dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: