Masyarakat Cina mula tolak DAP

KUALA LUMPUR – Satu persatu sikap DAP ‘dibogelkan’ selepas berada di kedudukan selesa sebagai kerajaan dahulu.

Ia bukan akibat khianat daripada pihak ketiga tetapi dilakukan oleh mereka sendiri seperti didedahkan Pengerusi Biro Media Baharu MCA Pusat, Lau Chin Kok.nullnull

Menurutnya, belang DAP semakin diketahui rakyat pelbagai kaum akibat kerakusannya sepanjang menjadi kerajaan Pakatan Harapan (PH) dari Mei 2018 sehingga Februari lalu.

Menurut beliau, rakyat semakin hilang kepercayaan kepada kerajaan PH kerana tindak-tanduk mereka tidak seperti sebuah kerajaan yang benar-benar hendak mempertahankan hak rakyat, tetapi lebih kepada kepentingan politik masing-masing.

“Masing-masing mempunyai niat tersembunyi apabila sudah menjadi kerajaan. Mereka lupa diri, lupa daratan dan seronok berada di kayangan.

“Keyakinan terhadap PH khususnya DAP mula tercalar apabila Barisan Nasional (BN) menang PRK Cameron Highlands dengan 12,038 undi, iaitu meningkat 1,731 undi, menewaskan calon PH dari DAP, M. Manogaran yang mendapat 8,800 undi, susut 910 undi.

“Rakyat juga tentu tidak lupa dengan insiden Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang ‘disekolahkan’ penduduk Cameron Highlands ketika berkempen,” katanya dalam status Facebooknya hari ini.

Menurut Chin Kok, pada hari kejadian itu, Kit Siang bersama calonnya, Manogaran telah disindir pengunjung sebuah restoran di hotel dekat Brinchang yang mendakwa PH menipu rakyat.

Katanya, mereka turut mengingatkan Kit Siang masyarakat Orang Asli memang sudah menjadi warganegara penuh.

“Mungkin kerana terlalu terdesak untuk menang di PRK Cameron Highlands, Kit Siang berjanji akan mewujudkan blueprint supaya Orang Asli boleh menjadi warganegara penuh jika PH menang.

“Kit Siang lupa Orang Asli memang sudah menjadi warganegara penuh di Malaysia,” katanya.

Chin Kok berkata, PH semakin tercabar apabila BN berjaya menewaskan mereka pada empat PRK lain termasuk kredibiliti parti itu tergugat setelah calonnya kalah lagi kepada Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng dalam PRK Tanjung Piai dengan majoriti besar.

Kata beliau, kemenangan Jeck Seng dari MCA itu pastinya membuka mata DAP rakyat menerima calon dari parti yang berwibawa bukan yang hanya pandai berkata-kata sahaja.

Antara PRK dimenangi BN selepas PRU-14 sekali gus membuktikan rakyat menolak PH dan DAP ialah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, apabila calon BN meraih 19,780 undi.

“BN juga mencatat kemenangan hatrik di Rantau, Negeri Sembilan dan Parlimen Kimanis di Sabah dengan majoriti lebih besar.

“Selepas kekalahan di Tanjung Piai, Setiausaha Agung DAP yang sama taraf jawatan presiden, Lim Guan Eng menyedari masyarakat Cina mula menolak DAP.

“Beliau ketika itu Menteri Kewangan tiba-tiba mengumumkan peruntukan RM30 juta setahun dalam tabung amanah yang dikendalikan Persatuan Alumni Tunku Abdul Rahman (TAA) untuk Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC),” ujarnya.

Untuk makluman, katanya, TAA adalah persatuan pro Guan Eng bukan pemilik sah TAR UC.

Lagi pelik, apabila Guan Eng dalam Bajet 2020 telah mengurangkan peruntukan untuk TAR UC yang diasaskan MCA dari RM5.5 juta kepada RM1 juta.

“Guan Eng kata, kerajaan PH boleh memberikan RM30 juta kepada institusi itu jika MCA melepaskan pemilikannya terhadap TAR UC tetapi selepas kalah di Tanjung Piai, beliau terus berubah fikiran dan baharu Guan Eng tahu pengundi Cina telah beralih undi daripada PH.

“Cukup-cukuplah DAP. Rakyat sudah nampak permainan kamu. Orang Melayu, Cina, India, Orang Asli dan seluruh etnik di negara ini sudah mula mengenali wajah sebenar DAP,” katanya.

Sumber : MalaysiaGazette

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: