Covid-19: Kluster Perhimpunan Sri Petaling tamat
Kluster Covid-19 terbesar di negara ini iaitu Kluster Perhimpunan Sri Petaling adalah diisytihar tamat hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes positif pertama kluster ini dilaporkan di dalam negara pada 11 Mac lalu selepas seminggu perhimpunan tabligh berakhir.
“Kes tersebut adalah pesakit ke-131 dan kes ke-136 yang dikesan di Pahang dan Negeri Sembilan,” katanya.
Sumber : Sinar Harian