Khidmat 137 Tahun Bomba Malaysia

Tahukah anda Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia merupakan antara perkhidmatan tertua yang wujud di Malaysia selepas Polis DiRaja Malaysia?

Sambutan Hari Bomba Malaysia pada 4 Mei 2020 lepas, maka genaplah 137 tahun usia perkhidmatan ini.

Perkhidmatan bomba terawal negara ini bermula di Selangor pada tahun 1883 yang diketuai oleh H.F Bellamy. Jabatan ini dikenali sebagai ‘Selangor Fire & Rescue Volunteers’.

Selepas Perang Dunia Kedua, ‘The Malayan Union Fire Service’ (MUS) telah ditubuhkan pada tahun 1946 yang berpangkalan di Kuala Lumpur. ‘Flight Lt. W.J Gerumandi telah dilantik sebagai pengarah MUS.

Kemudian pada 15 Mei 1981, perkhidmatan ini telah dinaiktaraf dan dinamakan sebagai Jabatan Perkhidmatan Bomba Malaysia.

Perkhidmatan Bomba sekali lagi dinaiktaraf pada 8 Januari 1997 dengan pembaharuan logo, bendera dan nama. Ia dikenali sebagai Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Info Ringkas Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Tahun Penubuhan: 1883

Ibupejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Presint 7, Putrajaya.

Cogan Kata: “Sedia Menyelamat, Cepat dan Mesra.”

Menteri Bertanggungjawab: YBM Hajah Zuraida Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: