Tok Pa Sahkan Ada Penjajaran Semula ECRL – Mustapa Mohamed
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed mengesahkan kerajaan ada membincangkan mengenai penjajaran semula untuk projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).
Menurut Mustapa, perbincangan itu ada dibuat kerajaan bagaimanapun tiada keputusan dibuat setakat ini.
“Ada perbincangan dari pihak kerajaan dengan pihak yang terbabit. Ini masih dalam proses perbincangan yang diketuai oleh Menteri Pengangkutan dan kita serahkan kepada Kementerian Pengangkutan untuk tangani perkara ini.
“Saya boleh sahkan ada perbincangan tapi keputusan lagi. Apa-apa keperluan oleh tanya kepada Kementerian Pengangkutan,” katanya kepada media selepas menghadiri Hari Banci Penduduk dan Perumahan 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pagi tadi.
Sumber : MalaysiaGazette
Foto : The Star