Pemaju Harus Tumpu Perumahan Mampu Milik – Zuraida

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Zuraida Kamaruddin menggesa pemaju menumpukan kepada pembangunan perumahan mampu milik berharga RM500,000 ke bawah untuk projek baharu akan datang.
“Kita tumpukan kepada projek mampu milik kerana kita perlukan perumahan sedemikian. Ini tidak bermakna kita halang mereka daripada membangunkan projek premium, cuma nasihat kita (tumpukan pada projek mampu milik),” katanya kepada pemberita.
Menurut Zuraida, Kementerian turut bercadang untuk berbincang dengan kerajaan negeri bagi menyemak semula syarat serta harga jualan hartanah membabitkan warga asing agar menyelesaikan isu lambakan, sekali gus memulihkan ekonomi negeri dan persekutuan.