Ampang sasar diisytihar sebagai bandar raya tahun depan

Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin berkata banyak projek pembangunan sedang dijalankan bagi merealisasi misi tersebut.

Ampang kini menetapkan sasaran untuk diisytihar sebagai sebuah bandar raya menjelang tahun depan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.

Ahli Parlimen Ampang itu berkata banyak projek pembangunan sedang dijalankan bagi merealisasi misi tersebut.

“Antara projek yang sedang kita laksanakan adalah untuk buat satu kolam renang, pusat kawalan dan kita alihkan beberapa tempat medan selera, diperkemaskan dan dibersihkan.

“Ini antara usaha yang kita jalankan untuk mengangkatnya sebagai majlis bandar raya, kita sasar 2021,” katanya selepas melawat tapak pembangunan di Dataran Belia Kampung Bukit Sungai Puteh, Ampang di Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu, Zuraida berkata Majlis Perbandaran Ampang Jaya telah memenuhi syarat seperti mempunyai jumlah penduduk melebihi 500,000 orang dan mencatat hasil sebanyak RM100 juta.

Ketika ini terdapat 14 bandar raya di Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Ipoh, Petaling Jaya, Shah Alam, Alor Star, Johor Bahru, Bandaraya Melaka, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu, Miri, Kuching Utara, Kuching Selatan, Balik Pulau dan Seberang Prai.

Sementara itu, mengulas pembangunan loji sisa kepada tenaga (WTE) di bawah Dasar Kebersihan Negara, beliau berkata setiap negeri akan memiliki sekurang-kurangnya satu loji WTE.

Sumber : bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: