Lawat Potret ‘Tiga Panglima’, Dr Noor Hisham Terharu & Dapat Rasa Semangat Patriotik Rakyat Malaysia

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah hari ini berpeluang meluangkan masa hujung minggu dengan melawat ke tempat ‘memorial’ dirinya sendiri.

Pada hari ini, beliau berkesempatan singgah ke kawasan dinding mural yang terpapar lukisan potret wajahnya sendiri.

Justeru, beliau turut bergambar dengan mural tersebut dan memuat naik fotonya ke Facebook hari ini.

”Saya berada di sini (U12 Shah Alam) pagi ini dan saya dapat merasai semangat patriotik yang kuat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Saya mahu mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pelukis berbakat yang cemerlang dengan kemahiran serta karya seni mereka yang luar biasa.

Ia menunjukkan bahawa setiap orang ada peranannya masing-masing ketika krisis pandemik ini dan menyahut cabaran dengan lukisan mural yang sangat hebat ini.”

Mengimbas kembali, lukisan mural tersebut merupakan hasil tangan seorang anak kelahiran Terengganu, Suhaimi Ali yang telah pun memulakan projek tersebut sebelum ini.

Di dinding tersebut, bukan sahaja ada wajahnya sendiri, malah turut dilukis juga potret Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah serta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mural tiga ‘hero’ negara itu dilukis bertujuan sebgai tanda menghargai jasa dan keprihatinan mereka sebagai wira negara dalam menghadapi pandemik COVID-19.

Sumber : Siakapkeli.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: