JBPM jalankan operasi sanitasi di bangunan Parlimen

Kerja-kerja sanitasi itu antara pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) Pelaksanaan Persidangan Parlimen dengan mengambil kira kebiasaan baharu untuk memerangi pandemik Covid-19.

Menjelang persidangan Dewan Rakyat yang dijadual bermula esok sehingga 27 Ogos ini, Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini menjalankan operasi sanitasi di bangunan Parlimen Malaysia.

Menurut status di laman Facebook Parlimen Malaysia, operasi sanitasi itu dijalankan dengan kerjasama Parlimen Malaysia dengan diketuai Penolong Pengarah Operasi JBPM Kuala Lumpur Khairul Azuwan Ibrahim serta 40 anggota bomba.

Kerja-kerja sanitasi itu antara pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) Pelaksanaan Persidangan Parlimen dengan mengambil kira kebiasaan baharu untuk memerangi pandemik Covid-19.

Menerusi gambar yang turut dimuat naik dengan status itu, kelihatan anggota JPBM menjalankan operasi sanitasi di Blok Utama Parlimen yang menempatkan Dewan Rakyat dan Dewan Negara meliputi setiap ruangan, termasuk tempat bersidang, lobi dan tangga.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meluluskan SOP Pelaksanaan Persidangan Parlimen dengan mensyaratkan pemakaian pelitup separuh muka, penyediaan cecair pembasmi kuman dan jarak sosial satu meter tempat duduk semasa persidangan.

Menurutnya, semua yang terlibat termasuk ahli Parlimen, pegawai kerajaan dan petugas media perlu menjalani proses pendaftaran menggunakan aplikasi MySejahtera serta saringan suhu badan sebelum dibenarkan masuk.

“Hanya ahli Parlimen dan pegawai dibenarkan masuk ke dewan persidangan manakala hanya petugas media dan penjawat awam dibenarkan berada di bangunan Parlimen,” katanya.

Sumber : Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: