Lebih 3 Juta Jangkitan COVID-19 Di Amerika, Trump Akhirnya Pakai Topeng Muka Buat Pertama Kali

Pada Sabtu lalu Presiden Donlad Trump dilihat mamakai topeng muka semasa lawatan ke Pusat Perubatan Tentera Nasional Walter Reed, setelah sekian lama menolak untuk memakai penutup muka semasa dunia berperang dengan penularan COVID-19.

“Saya pakai topeng di lokasi yang sesuai,” kata Trump, ketika ditemu bual bersama wartawan di White House.

Keengganan Trump untuk memakai penutup muka di khalayak ramai menjadi titik kontroversi semasa Amerika Syarikat sedang berperang dengan kes-kes COVID-19 yang terus melonjak.

Sebelum berangkat ke Wlter Reed, Trump mengatakan dia ‘mungkin’ akan memakai topeng.

“Saya rasa ketika anda berada di hospital, terutama sekali ketika anda bercakap dengan tentera dan pesakit yang baru sahaja keluar dari bilik pembedahan, saya rasa memakai topeng muka merupakan perkara yang perlu,” katanya kepada wartawan.

Tambah Trump, dia tidak pernah menentang pemakaian topeng, tetapi ia hanya perlu dipakai di tempat dan masa yang sesuai.

Pemakaian topeng muka ini telah menjadi satu isu yang dipolitikkan di negara Amerika Syarikat meskipun telah terbukti keberkesanannya dalam membantu memperlambatkan penyebaran virus. Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit mengesyorkan individu untuk memakai topeng di khalayak ramai dalam mencegah penyebaran COVID-19.

Amerika Syarikat telah mencatatkan lebih 3 juta kes jangkitan dan dan sebanyak 130,000 kes rekod kematian telah di catat.

Sumber : Siakapkeli.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: