Teori Kamal Hatta: Anwar Patut Tengok Cara Zuraida Jaga Akar Umbi

PKR khususnya Anwar Ibrahim patut tengok dan belajar cara Zuraida Kamaruddin menjaga pimpinan akar umbi di Parlimen Ampang.

PKR pada penghujung Febuari lepas telah memecat Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin dengan harapan kedudukan kedua-dua orang ini tersingkir daripada kerajaan.

Namun hasrat ‘Si Kitol’ dan gerombolan Kupai yang gigih membodek Anwar sudah silap membaca situasi.

Pedulikan kisah pemecatan itu, kita simpan untuk episod akan datang.

Akibat pemecatan Zuraida, turut tempias dipecat adalah orang-orang kuat Zuraida di Ampang. Sekaligus semua ahli majlis pro-Zuraida ditamatkan kontrak.

Akan tetapi tindakan itu langsung tidak ‘membunuh’ apatah lagi melupuskan kekuatan politik Zuraida Kamaruddin di Ampang.

Atas inisiatif beliau, orang-orang yang dipecat samada ahli majlis, ketua komuniti dan ketua mpkk dilantik semula yang dibiayai bawah Pejabat Parlimen Ampang. Ini gerakan luarbiasa. Bukan main-main atau gebang boombastik politik. Itu sebab Si Kitol dan gerombolan Kupai dalam PKR takut dengan kelebihan Zuraida. Mereka tau yang Zuraida berani lentung dan cakap serupa bikin.

Itu baru Ampang. Belum lagi satu negara. Anwar kena belajar hal begini kalau nak PKR kuat dan akar umbi setia. Tapi lain jadinya, Anwar lebih suka dengar bodekan dan hasutan Si Kitol dan gerombolan Kupai.

Sebelum itu, apabila Zuraida menggerakkan penubuhan NGO yang dinamai Penggerak Komuniti Negara (asalnya Penggerak Muafakat Nasional) menggelupur Si Kitol dan gerombolan Kupai. NGO ini telah ditubuhkan di setiap parlimen dalam masa yang pantas. PKR goyah tergugat sehingga mengeluarkan ketetapan rasmi memberi amaran mandatori kepada seluruh ahli PKR agar tak menyertai dan terlibat dengan NGO ini.

Aku nampak dari dulu lagi, Zuraida tak pernah nak buat ‘parti dalam parti’ semasa pegang jawatan Ketua Wanita dan Naib Presiden PKR. Dia bukan macam Rafizi dan Anwar yang memang tiada ‘grass root’. Dia dan Azmin tahu jika mereka berdua tubuh gerakan ‘parti dalam parti’, perpecahan dalaman akan meletus. Itulah dungu Anwar Ibrahim sebab percayakan kata-kata Si Kitol dan gerombolan Kupai pecat pemimpin yang sebenarnya penggerak utama PKR.

Aku ramalkan PKR akan tinggal hantu-hantu liar sebagai ‘penghuni setia’ parti ini.

Kalau aku nak bandingkan situasi semasa tahun 2009-2010 dulu, ada lima MP (Kulim Bandar Baharu, Bayan Baru, Nibong Tebal, Bagan Serai & Wangsa Maju) dan lima adun (Lunas, Bakar Bata, Changkat Jering, Behrang & Pelabuhan Kelang) yang keluar parti.

Sekarang belum cukup setahun antara Febuari sampai Jun 2020, PKR kehilangan 12 MP dan 13 adun ketika Anwar sebagai presiden parti.

Ini akibat Anwar tak pandai jaga pimpinan akar umbi dan tunjang kekuatan PKR.

Artikel ini adalah tulisan penulis bebas dan pandangan penulis tidak berkaitan dengan PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: