‘Kami masih belum masuk BERSATU’

KUALA LUMPUR: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin mengesahkan beliau dan kumpulannya yang bertindak keluar PKR masih belum menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Sebaliknya, Ahli Parlimen Ampang itu berkata, mereka menggunakan label BERSATU sebagai platform di dalam Dewan Rakyat.

“(Berhubung) status dalam BERSATU, atas alasan strategik, kami di bawah label BERSATU tetapi secara teknikal, kami masih belum masuk ke dalam BERSATU.

“Kami masih menunggu, untuk memperincikan perincian dan kaedah bagaimana kami boleh masuk BERSATU,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Media sebelum ini melaporkan 10 bekas Ahli Parlimen PKR yang diketuai Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dikatakan menyertai BERSATU.

Selain Mohamed Azmin yang juga Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Zuraida, turut dikatakan menyertai BERSATU adalah Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Baru Bian (Selangau), Datuk Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal), Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat), Ali Biju (Saratok) dan Willie Mongin (Puncak Borneo).

Seorang lagi, Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr Santhara Kumar dilaporkan menjadi ahli bersekutu parti itu.

Mengulas lanjut, Zuraida berkata, mereka masih menunggu sehingga BERSATU menyelesaikan pemilihan dan perhimpunan agung parti terlebih dahulu sebelum menyertai parti itu.

Mengulas lanjut, Zuraida berkata, mereka masih menunggu sehingga BERSATU menyelesaikan pemilihan dan perhimpunan agung parti terlebih dahulu sebelum menyertai parti itu.

“Dari situ, kami akan masuk ke BERSATU sebab kami masih menunggu beberapa pindaan dalam perlembagaan parti,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen wanita dari Perikatan Nasional (PN) menyambut baik pelantikan Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

“Pelantikan yang penuh bersejarah ini adalah satu langkah bermakna dan dilihat positif buat negara, khususnya dalam memperkasa peranan wanita di peringkat tertinggi, terutamanya dalam urusan sebagai pembuat keputusan demi kebaikan rakyat dan negara.

“Kami, Ahli Parlimen wanita dari PN melihat pelantikan Azalina ini tepat pada masanya, memandangkan beliau sendiri mempunyai latar belakang profesional sebagai seorang peguam.

“Bahkan pernah mengendalikan urusan hal ehwal Parlimen sewaktu berkhidmat sebagai Pengerusi Kaukus Wanita Parlimen Malaysia,” katanya.

Sumber : BH Online

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: