LKAN: Isu ketidakcekapan jejas hasil optimum

PUTRAJAYA: Jabatan Audit Negara mendapati secara keseluruhan pelaksanaan program oleh Kerajaan Persekutuan mengikut objektif ditetapkan.

Ketua Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid, mendapati masih ada isu ketidakcekapan dan ketidakakuran serta kelemahan dalam pengurusan program, aktiviti dan projek yang secara tidak langsung menjejaskan program dilaksanakan, sekali gus tidak memberi impak optimum diharapkan.

Katanya, hal itu dapat dilihat selepas pihaknya membuat sesi pengauditan membabitkan 10 kementerian.

“Kelemahan itu menjejaskan kecekapan dan keberkesanannya untuk menghasilkan pengeluaran, hasil dan impak seperti diharapkan.

“Dengan kata lain, program, aktiviti, projek tidak memberikan hasil atau impak optimum seperti diharapkan,” katanya ketika membentangkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mengenai aktiviti Jabatan, Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Tahun 2018 Siri 3.

Nik Azman berkata, bilangan aktiviti yang diaudit dan dilaporkan pada LKAN bagi Siri 3 adalah mengikut kementerian.

“Jabatan Perdana Menteri (dua aktiviti), Kementerian Kewangan (dua), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (dua), Kementerian Pendidikan (dua) dan Majlis Keselamatan Negara (dua) bersama kementerian lain.

“Selain itu, masing-masing satu aktiviti membabitkan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta Kementerian Kerja Raya,” katanya.

Sumber : BH Online

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: