‘Pelantikan Azalina tepat pada masanya’

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Wanita Perikatan Nasional (PN) mengucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said atas pelantikannya sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.


Dalam kenyataan bersama 12 Ahli Parlimen PN itu mereka berkata, buat julung kalinya Dewan Rakyat memilih seorang wanita untuk memegang jawatan itu.

Menurut mereka, pelantikan penuh bersejarah itu merupakan satu langkah bermakna dan dilihat positif buat negara khususnya dalam memperkasa peranan wanita di peringkat tertinggi.

“Kami ahli Parlimen Wanita dari PN melihat pelantikan Azalina ini tepat pada masanya, memandangkan beliau sendiri mempunyai lalar belakang profesional sebagai seorang peguam bahkan pernah mengendalikan urusan hal ehwal Parlimen sewaktu berkhidmat sebagai Pengerusi Kaukus Wanita Parlimen Malaysia.

“Bukan itu sahaja, kredibiliti Azalina turut dapat dibuktikan apabila beliau sebelum ini dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri sekaligus menjadikannya pilihan terbaik buat kerajaan PN dalam usaha mereformasikan tadbir urus yang lebih telus.

“Kami percaya dengan adanya kehadiran Azalina sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang baharu, ia bukan sahaja mengangkat martabat wanita di dalam negara bahkan menjadi contoh yang terbaik serta inspirasi buat seluruh wanita di Malaysia,” katanya.

Ahli Parlimen Wanita PN terbabit diketuai Zuraida Kamaruddin, Datuk Halimah Mohamed Sadique, Datuk Seri Rina Mohd Harun, Datuk Seri Nancy Shukri dan Datuk Dr Noraini Ahmad.

Selain itu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff, Mastura Mohd Yazid, Datuk Hanifah Hajar Taib, Datuk Azizah Mohd Dun, Datuk Sri Rohani Abdul Karim serta Rubiah Wang.

Sumber : Sinar Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: