ADUN Slim meninggal dunia

IPOH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib disahkan meninggal dunia di Hospital Bentong, Pahang akibat serangan sakit jantung.

Berita pemergian beliau itu disahkan oleh Ketua Puteri UMNO Bahagian Tanjung Malim, Siti Zubaidah Abdul Rahim yang memaklumkan bahawa perkara itu diberitahu oleh pemandu Mohd Khusairi.

“Setakat ini saya tidak mempunyai maklumat lanjut, tapi berita mengenai pemergiannya benar dan menurut pemandunya, jenazah masih berada di Hospital Bentong.

“Jenazah akan dibawa pulang ke Tanjung Malim setelah selesai urusan di sana,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Mohd Khusairi yang juga Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Selain itu, beliau pernah dilantik menjadi Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) pada tahun 2015.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: