Hilang Kepercayaan Terhadap Pimpinan, Ketua Peneroka Jempol Keluar PKR

Bahau, 15 Julai 2020: Hari ini PKR menerima tamparan hebat apabila Ketua Cabang PKR Jempol isytihar keluar parti bersama 26 orang jawatankuasa cabang tersebut. Mereka turut menyatakan sokongan kepada kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perikatan Nasional.

Karip Mohd Salleh, merupakan penyandang jawatan Ketua Cabang paling lama di Negeri Sembilan sejak tahun 2005 menyatakan hasrat meninggalkan PKR kerana hilang kepercayaan terhadap pimpinan parti khususnya Anwar Ibrahim selaku presiden akibat gagal menanggani kemelut dalam PKR sehingga tumbangnya kerajaan PH peringkat persekutuan.

Sepanjang menerajui Cabang Jempol sejak 15 tahun lalu, Karip dianggap atara pimpinan PKR peringkat akar umbi di Negeri Sembilan yang berjaya memimpin PKR Jempol tanpa sebarang konflik.

Namun keputusan beliau meninggalkan PKR adalah sesuatu yang mengejutkan dan memberi kesan kepada PKR Negeri Sembilan yang kehilangan watak politik akar umbi khusus di kawasan Felda.

PKR pada PRU-14 lalu masih gagal menembusi kawasan Felda. Situasi hari ini di Jempol lebih memburukkan potensi PKR pada PRU-15 nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: